Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 7, 2010

Noor Suzaily Mokhtar - alfatihah


semalam aku berkesempatan mengikuti program baru TV3 - KES. paparan minggu ni mengenai kisah rogol dan bunuh paling kejam.walaupun aku tak pernah kenal dengan mangsa tp entah kenapa, smlm aku rasa marah, sakit, sedih bila mengenangkan mangsa yang disiksa. kejam betul perogol dan pembunuh tu.

aku bersetuju dengan kenyataan pegawai polis perempuan tu yang cakap,  arwah berada di tempat yang salah dan pada masa yang salah. Aku betul2 rasa simpati sangat pada keluarga arwah. satu kehilangan yang besar. marilah kite sama2 mendoakan agar roh arwah Noor Suzaily Mokhtar dicucuri rahmat dari Yang Esa. Alfatihah..

Tuesday, September 28, 2010

kenapa lupa?


credit pic to blog.imagistic.com

kenapa aku selalu lupa?B selalu marah aku sbb lupa..kadang2 aku sendiri takut ngan diri aku yang selalu lupa. serius aku takut..aku ada masalah ke ek?nak kena pi cek doctor tak?ada banyak kes yang memakan diri aku sendiri sbb aku pelupa.antaranya..

kes 1
sepupu aku mintak pinjam duit..masa tu aku pun sama2 pokai.so mmg tak dapat tolong la.selang 2 hari dia anta msg kat aku ckp nape aku bgtau kat mak aku yg dia nak pinjam duit. siap marah2 aku la ckp lepas ni nak putus sedara la(sepupu aku ni lelaki awl 20an).pastu aku pun mintak maaf la klu aku dah membuatkan dia marah kat aku since mmg aku ingat aku yg bgtau mak aku.

next morning my mum called n aku pun slow talk la kat mak aku.

aku: mak, nape mak cite kat makcik pasal angah nak pinjam duit..ni angah dah marah2 na dah.
mak: yelah..dia call kak gie nak pinjam duit.mak telefon la makcik suh bgtau maklang 
aku:eh, bukan na ke yang bagitau mak?
mak:la,ngan na pun angah mintak pinjam gak ke?

owhhh haru2.aku matik2 la ingat aku yg pi bawak mulut ngadu kat mak aku, rupenya bukan aku.hampeh..berbakul2 mesej maki dia bagi kat aku.so aku balas balik la bgtau bukan salah aku.tp aku takde la tarik balik maaf aku tu..huhu

kes 2
ni terjadi bebaru ni..husband aku kemas meja games dia.dia jumpe cover external hard drive (EHD) yg masih dlm plastik.dia tanye aku, nape tak pakai cover ni.aku ckp, letak dlm beg laptop, nanti aku gune.

soknya aku pun bukak la beg laptop aku.cari EHD takde, selongkar beg laptop lama takde.huhu.pikir2, takkan tinggal kat opis kot.relaks dlu, tggu isnin la

ari isnin aku cari kat opis, tarak.huhu.dah gelabah tahap cipan ni..balik umah cari lagi.satu umah aku selongkar..mmg takde.huhu.aku pun call adik ipar since aku ada ingat penah mintak dia copykan movie.dia kate, takde pun. aku call kawan2 aku kot2 ade sape2 yg nampak or terambik ke..takde gak

so,ari ini dengan paksa rela aku mengeluarkan duit mengganti balik EHD tu.mmg la EHD tu husband aku beli utk aku tp klu nanti tetiba dia kate nak pakai, nanar aku nak cari kat mana.baik aku ganti awl2.nasib baik la ada kedai kat mines yg menjual EHD toshiba color merah tp lain kapasiti.yg dlu 320GB, yg ni 500GB.nasib la..

nad note:
kes2 di atas ni pengajaran buat aku.lepas ni aku takleh lalai.takleh ambil mudah.takleh leka.huhu.aku harap sgt penyakit pelupa aku ni tak memudaratkan aku.

Monday, September 27, 2010

macam-macam

cerita 1st
tadi masa aku balik lunch jap (balik sbb nak angkat kain, latetly selalu hujan petang2)
.aku terserempak ngan 4 org budak lelaki, semua pakai baju sekolah.salah sorang ni nama dia amer(aku tau bile ada nama kat bag dia).kawan pada amer ni duk bagi nasihat kat amer."tak baik ko mintak dia belanja,mak dia penat cari duit bagi dia, ko suka2 je mintak dia belanja". yang amer ni muka relaks je sambil cakap"biarla, dia ok nak belanja aku"

yang tukang belanja tu nama danial(aku tengok name tag kat baju dia). si danial ni pun relaks je sambil pegang 1 bungkus super ring while si amer pegang 2 bungkus. -->sampai 2 bungkus amer pau danial.huhuhu

pastu sipenasihat td cakap kat danial plak "ko pun satu, lain kali jgn biar orang pau ko, mak ko penat2 cari duit nak bagi ko belanja, bukan nak suh ko belanja orang lain" wahhh, bagus tul si penasihat ni bagi nasihat

danial plak balas, "ala, takpela..seringgit je pun, bukan banyak pun"

tetiba si penasihat bersuara. "kalau macam tu aku ambik satu la ek" sambil mengambil super ring kat tangan amer. amer pun terpinga2 sbb tadi nasihat org, sekali dia pun sama.hahaha

cerita 2nd
datang lagi sorang budak (so total 4 orang la).paling kecik antara berempat.tapi aku tengok dia paling gangster antara kawan2nya. sambil minum livita dia ckp kat amer,"amer, aku takde duit nak tambang balik,ko blanje aku ek"

"aku pun takde duit la" jawab amer. budak kecik tu ckp, "eh td ko ade 10 ringgit kan"
amer jawab tu duit danial, bukan duit dia

dan - dan tu gak, si kecik tu cakap kat danial,"ko bayar duit tambang aku". danial pun ngangguk je..mengikut pemerhatian aku, danial ni anak orang berada n sedikit takut2. maybe baru nak join geng2 tu kot

tetiba si penasihat menyampuk"wei, tak payah la asyik pau dia je.sian kat dia. takpe, duit tambang korang semua aku blanje.Danial, ko tak payah nak bagi muka sgt kat budak2 ni"

baik plak si penasihat ni..at least dia tak la pandai cakap je. macam2 gelagat bebudak ni. ntah nape, aku rasa mencuit hati aku

Wednesday, June 23, 2010

mengantuk di pagi hari

korang selalu tak mengantuk di pagi hari? lately aku slalu sgt mengantuk di pagi ari..dah 4 malam kot aku terjaga kul 4 pagi. ada sorang kakak opis aku ckp..bangunla solat hajat ke.huhu.mmg la ada niat nak bangun tp bisikan syaitan tu berjaya menewaskan aku.td aku sempat google kenapa selalu mengantuk di pagi hari.antara faktor2 yang aku rasa ada kaitan ngan aku ialah:

1)tidur malam yang kurang memuaskan
yelah,tido kul 12.kul 4 terjaga n otak duk pikir macam2
2)kurang oksigen
mungkin betul sbb aku dah makin malas nak bersenam.8-5 duk kat opis.lepas keja nak g gym pun malas
3)kolestrol tinggi
owh dah lama tak cek ni.ntah2 makin tinggi.kena stat makan oat la
4)stress
dah nak dekat exam ni mmg stress sket la.tu la,suka sgt last minit.huhu


kesimpulan yang aku dapat ialah aku kena ubah cara hidup aku.kena stat jaga pemakanan, kena pegi gym utk bersenam n kena kurangkan tekanan.jaga pemakanan ngan bersenam tu aku rasa in my control tp bab tekanan tu sungguh susah la nak buat.huhu

Tuesday, June 22, 2010

doa buat alanna..

sudah lama aku tidak menjengah blog doa buat alanna
klu tak silap akhir skali aku mejengah pada pertengahan bulan 5.waktu itu pun aku dapat tau alanna sedang sakit..sedih mebaca tulisan ibu dan kadang2 tulisan dari ayah alanna.baru td berkesempatan untuk menjengah itupun setelah project sudah disubmit ari ini.sedih aku bile mengetahui alanna sudah meninggalkan dunia ini.alfatihah untuk alanna sayang..achik doakan alanna tenang di sana.buat ibu dan ayah alanna..tiada perkataan yang boleh diucapkan untuk kalian kerana hanya kalian saja yang mengetahui beban yang ditanggung.alfatihah...

Monday, June 14, 2010

~takde tajuk~

wallawei..ari ni genap setahun wei tak update kat blog.ngeh ngeh.baca blog org rajin, tulis blog sendiri malas.kua kua kua.banyak yang berlaku sepanjang setahun ni.sedar tak sedar dah masuk pertengahan tahun 2010.kata seorang teman,sepatutnya dah achieve separuh dari target yang perlu dicapai untuk tahun ni.aku,takde azam..sbb aku jenis yg malas nak buat azam.cuma aku harap,aku jadi lebih cantik,cun baik dari yang sebelum2 ni.life aku masih macam biasa.masih macam dulu.masih berdua..belum lagi bertiga.erm..sedih mmg sedih bile tengok kawan2 rapat dah ada zuriat masing2 tp aku pujuk hati aku.Allah lagi tau kemampuan aku sbb tu DIA blum kurniakan rezeki itu lagi.
sekarang ni aku dah nak exam utk sem 3 1st year aku.konon2 nak study lebih kuat berbanding sem2 lepas tp tak gak.tapi at least pointer aku makin naik,bukan menurun n aku harap tidak menurun langsung selepas ini.susah gak sebenarnya nak study sambil keja ni.kena pandai bahagi masa.smlm kelas last utk English.for the first time in my life aku rasa tak fun langsung blajar english.for me class english kena fun n banyak activity yg best2.blajar ikut silibus mmg bagus tp jgn la terlalu skema sampai student jadi boring dlm class.anyway, mungkin itu cara pengajaran yg dirasakan baik bagi nye.
ape lg aku nak ngomel ni ek..len kali la klu dapat idea.banyak nak cite tp mood nak cite tu blum ada.ngeh ngeh ngeh.

Monday, June 15, 2009

borak borak

last saturday aku selamat mendaftarkan diri di UTM Skudai
alhamdulillah,selesai semua urusan pendaftaran
lepas pendaftaran kitaorg g makan dlu since satu ari B tak makan
duk tido je kat hotel sementara aku settlekan pendaftaran
lepas makan, balik hotel tido tak ingat diri
demam aku pun still tak ok lg
lepas magrib kitaorg check out and trus shoot balik putrajaya
singgah minum kat seremban n masa kitaorg nak masuk keta balik
ade lori trus nak masuk parking sebelah kitaorg
pastu B masa tu ada kat sebelah keta
terkepit B celah keta ngan lori tu..nasib baik B tak ape2 cume keta calar sket
apa lagi, B trus tahan lori tu, mintak lesen ngan IC
amik no plat, amik gambar n so on
call kawan dia kat jpj putrajaya n trus buat aduan
yg bawak lori tu india
ade 3 org kat dlm lori tu
masa dia nak turun dari lori tu, dia sempat nak buang tin beer
nak buang depan aku plak tu
so aku trus ar jerit..ooo u mabuk ek
masa tu dah ramai yg kerumun nak tengok apa yg terjadi
ade sorang pakcik tu ckp, diarg dah hon2 lori ni masa kat hiway lg sbb bawak lori terhuyung hayang
ape pu aku bersyukur B tak ape2
klu B luke sket mau gak aku sengkeh kepala macha tu