Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 23, 2010

mengantuk di pagi hari

korang selalu tak mengantuk di pagi hari? lately aku slalu sgt mengantuk di pagi ari..dah 4 malam kot aku terjaga kul 4 pagi. ada sorang kakak opis aku ckp..bangunla solat hajat ke.huhu.mmg la ada niat nak bangun tp bisikan syaitan tu berjaya menewaskan aku.td aku sempat google kenapa selalu mengantuk di pagi hari.antara faktor2 yang aku rasa ada kaitan ngan aku ialah:

1)tidur malam yang kurang memuaskan
yelah,tido kul 12.kul 4 terjaga n otak duk pikir macam2
2)kurang oksigen
mungkin betul sbb aku dah makin malas nak bersenam.8-5 duk kat opis.lepas keja nak g gym pun malas
3)kolestrol tinggi
owh dah lama tak cek ni.ntah2 makin tinggi.kena stat makan oat la
4)stress
dah nak dekat exam ni mmg stress sket la.tu la,suka sgt last minit.huhu


kesimpulan yang aku dapat ialah aku kena ubah cara hidup aku.kena stat jaga pemakanan, kena pegi gym utk bersenam n kena kurangkan tekanan.jaga pemakanan ngan bersenam tu aku rasa in my control tp bab tekanan tu sungguh susah la nak buat.huhu

Tuesday, June 22, 2010

doa buat alanna..

sudah lama aku tidak menjengah blog doa buat alanna
klu tak silap akhir skali aku mejengah pada pertengahan bulan 5.waktu itu pun aku dapat tau alanna sedang sakit..sedih mebaca tulisan ibu dan kadang2 tulisan dari ayah alanna.baru td berkesempatan untuk menjengah itupun setelah project sudah disubmit ari ini.sedih aku bile mengetahui alanna sudah meninggalkan dunia ini.alfatihah untuk alanna sayang..achik doakan alanna tenang di sana.buat ibu dan ayah alanna..tiada perkataan yang boleh diucapkan untuk kalian kerana hanya kalian saja yang mengetahui beban yang ditanggung.alfatihah...

Monday, June 14, 2010

~takde tajuk~

wallawei..ari ni genap setahun wei tak update kat blog.ngeh ngeh.baca blog org rajin, tulis blog sendiri malas.kua kua kua.banyak yang berlaku sepanjang setahun ni.sedar tak sedar dah masuk pertengahan tahun 2010.kata seorang teman,sepatutnya dah achieve separuh dari target yang perlu dicapai untuk tahun ni.aku,takde azam..sbb aku jenis yg malas nak buat azam.cuma aku harap,aku jadi lebih cantik,cun baik dari yang sebelum2 ni.life aku masih macam biasa.masih macam dulu.masih berdua..belum lagi bertiga.erm..sedih mmg sedih bile tengok kawan2 rapat dah ada zuriat masing2 tp aku pujuk hati aku.Allah lagi tau kemampuan aku sbb tu DIA blum kurniakan rezeki itu lagi.
sekarang ni aku dah nak exam utk sem 3 1st year aku.konon2 nak study lebih kuat berbanding sem2 lepas tp tak gak.tapi at least pointer aku makin naik,bukan menurun n aku harap tidak menurun langsung selepas ini.susah gak sebenarnya nak study sambil keja ni.kena pandai bahagi masa.smlm kelas last utk English.for the first time in my life aku rasa tak fun langsung blajar english.for me class english kena fun n banyak activity yg best2.blajar ikut silibus mmg bagus tp jgn la terlalu skema sampai student jadi boring dlm class.anyway, mungkin itu cara pengajaran yg dirasakan baik bagi nye.
ape lg aku nak ngomel ni ek..len kali la klu dapat idea.banyak nak cite tp mood nak cite tu blum ada.ngeh ngeh ngeh.